Usianya telah melewati 40-an. Orangnya cantik dan bergaya. Tak hairan jika ramai yang tergoda.
Namun dia masih membujang. Belum menjadi isteri orang.
"Belum ada jodoh," katanya.
Ramai yang ingin mendekatinya. Tapi dia sengaja menjauhi.
Ramai juga yang tergoda. Namun semuanya hampa.
Lelaki yang tergila-gila padanya? Ah.., memang ada. Namun malang, tangan bertepuk hanya sebelah. Tiada respon daripadanya.
Rupanya ada sejarah hitam yang tersembunyi di sebalik kehidupannya.
Ayahnya kaki bengis yang kerap mencederakan ibunya. Peristiwa semasa kecil itu sering menghantui hidupnya.
Pengalaman itu menjadikan da seorang wanita (gadis) yang amat membencikan lelaki..!
Bencinya ternyata tak berbelah bahagi. Mungkn kekal hingga ke mati (?).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment