Monday, 27 July 2009

BERHATI-HATI... POMPUAAN

Semalam, anak gadis jiranku kena ragut sebaik saja dia turun dari bas. Kerana mempertahankan beg tangannya, dia terjatuh. Mujur tak parah.

Berhati-hati, terutamanya pompuan. Peragut ada di mana-mana. Mereka akan menggunakan peluang untuk meragut tanpa rasa belas kasihan.

Jadi... ingatlah wahai pompuan-pompuan, anda juga kena bertindak tanpa belas kasihan demi mempertahankan diri anda. Yang penting sentiasa berwaspada di mana saja anda berada.

Jika anda diragut, anda jangan panik. Jerit meminta tolong sekuat hati. Peragut akan panik. Dan ketika itulah anda gunakan peluang menendang sekuat hati di tengah kelangkangnya. Biar terkena anunya. Dia pasti akan menggelupur.

Seelok-eloknya, sewaktu anda berjalan di tempat yang tiada ramai orang, sentiasa memegang penyebur di tangan. (Tak kiralah penyebur badan atau ketiak). Jika anda diragut, sembur saja penyembur itu ke muka peragut. Padan muka dia..!

Ingat.., sentiasa berwaspada di persekitaran anda. Jangan sekali-kali lalai atau leka. Lalai atau leka, padah jawabnya..!

1 comment:

  1. mmg kena berwaspada sekarang..
    peragut bebila masa leh menyerang..

    info yg sangat berguna..

    macehh yerr..

    ReplyDelete